Friday 16 September 2016

Kajian kami ialah mengenai zaman penjajahan ditanah melayu iaitu membincangkan secara kritis mengenai zaman penjajahan portugis, belanda, british dan jepun di tanah melayu dan kesannya kepada tanah melayu. Dalam kajian kami terdapat beberapa objektif utama iaitu mengenal pasti faktor penjajahan Portugis. Belanda, British dan Jepun, mengenal pasti faktor penentangan terhadap penjajahan, mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan, dan mengkaji kesan penjajahan kuasa asing ke Tanah Melayu. Apabila dunia eropah mula terdedah dengan aktiviti penerokaan, penjelajahan, dan penjajah Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa barat. Sememangnya penjelajahan bermula pada abad ke-15. Pelayaran orang eropah oleh Bartholomew Diaz ke Tanjung di Benua Afrika pada tahun 1488 dan Vasca Da Gama di Kalikat pada tahun 1498.Penemuan ini membuka ruang kepada India dengan membuka Loji Perdagangan di Cochin dan menawan Goa pada tahun 1510 manakala Alfonso De Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India sebelom menawan Kota Melaka pada tahun 1511.Sejarah membuktikan British telah menduduki negara ini lebih daripada 150 tahun. Masyarakat menyedari bahawa Tanah Melayu juga telah dijajah oleh pendudukan Kuasa-Kuasa Asing seperti Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824), British (1824-1957) Jepun (1941-1945).


PORTUGIS


Pengenalan

  • Diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque 
  • Menguasai Melaka pada tahun 1511sehingga1641(130 tahun)
  • Hanya dapat menakluk dan menduduki bandar dan pelabuhan Melaka.
  • Tidak berupaya menakluki dan menduduki negeri-negeri lain kerana jumlah tenteranya yang tidak mencukupi.
  • Tujuan utama datang ke timur iaitu untuk menakluk dan menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan.
  • Portugis masih lagi menghadapi serangan dan tentangan dari Sultan Mahmud.
  • Portugis terbabit dengan Perang Tiga Segi (Portugis,Aceh dan Johor) utk menguasai perdagangan Kepulauan Melayu.

Matlamat

  • Ekonomi (rempah ratus, bijih timah dan emas)
  • Mencari pelabuhan untuk menguasai perdagangan dikawasan timur (Melaka).
  • Mengembangkan agama Kristian


Kesan penjajahan
  • Membawa kepada kemunculan kerajaan Melayu Johor-Riau
  • Memperkenalkan sistem pentadbiran ketenteraan diMelaka
  • Agama Kristian cuba di sebarkan
  • Kesan peninggalan seni bina (A Famosa).
  • Portuguese music (Jingling Nona) dan masyarakat (Serani)
  • Pengenalan tulisan rumi
  • Perkataan bahasa portugis- ‘ jendela, almari, garpu dan tuala’



BELANDA

Pengenalan
  • Kejatuhan Portugis di Melaka adalah hasil kerjasama antara Belanda dan Kerajaan Johor yang diketuai oleh Laksamana Matelieff de Jonge.
  • Abad ke 17, Belanda menumpukan perhatian kepada pelabuhan di Jawa. Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 20 Mac 1602
  • 1619 - Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Betawi(Batavia) Pulau Jawa.
  • Tahun 1641 belanda Berjaya menguasai tanah melayu.

Penjajahan Belanda dengan tujuan:

  1. Menghancurkan pelabuhan Melaka & menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu.
  2. Cita2 untuk menguasai perdagangan kain di india & bijih timah di (NNM).


PROSES PENGUASAAN MELAKA
  • SULTAN MAHMUD  bergabung dengan BELANDA  dan menyerahkan Melaka
  • Selama 6 bulan dan pada tahun 1641 pada bulan januari “Belanda Berjaya menguasai Melaka”
  • Belanda mewujudkan monopoli terhadap seluruh perdagangan di kepulauan melayu

             Melaka - mempunyai timah yg banyak.
             Betawi - pusat perdangangan.

  • SETERUSNYA,pada tahun 1642, desak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan yang   mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka , hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Belanda.
  • Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis.
Kesan Penjajahan Belanda

Bangunan Stadhuys


Kota Belanda(Ducth Fort)

BRITISH

Pengenalan
  • British mula campurtangan di TM bermula 11 ogos1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.
  • 16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Longdan Temenggung Abd Rahman.
  • Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu
  • British berjaya menguasai Pulau pinang, Melakadan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
  • Selepas perjanjian Pangkor 1874, british mula campurtangan di NNM secara langsung.


Negeri-negeri Selat (NNS)
  • Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
  • Diketuai oleh Gabenor – Robert Fullerton (pertama)
  • 1 April 1867 – Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan diLondon.

   
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
  • 1895, melalui Perjanjian Persekutuan – British tubuhkan NNMB.
  • Empat negeri Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang. 1 Julai    1896 berkuatkuasa secara rasmi.
  • Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.
  • Faktor penubuhan NNMB

  1. Masalah kewangan di Pahang.
  2. Kelemahan sistem residen.
  3. Mengurangkan belanja untuk pentadbiran


Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)
  • Ditubuhkan pada 1909 melalui perjanjian Bangkok.
  • Empat negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.Pada tahun    1914 Johor terima Penasihat British(Douglas Campbell).




Pengagihan Kuasa Pusat (Disentralisasi 1920-1941)
  • Pengagihan kuasa pusat (dasar dentralisasi) diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
  • Faktor-faktor Disentralisai diperkenalkan oleh British :
  1. Sultan di NNMB tidak berpuashati dgn pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan.
  2. Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB danNNS)
  3. Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
  4. Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dgn Pesuruhjaya Tinggi (pentadbiran)
  • Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi di Tanah Melayu
JAPAN

Pengenalan
  • 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu.Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh Jepun pada15 Feb 1942.
  • Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu:  
  1. Pihak British kurang bersedia
  2. Kelewatan bantuan ketenteraan dari London dan India
  3. Serangan melalui jalan laut tidak menggunakan jalan udara. Dua  buah kapal British tenggelam Prince of Wales dan Repulse. 
  4. Persediaan tentera Jepun yg lengkap
  5. Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin

Pentadbiran Jepun
  • Bercirikan ketenteraan. Antara ciri pentadbiran ketenteraan Jepun:
  1. Tanah Melayu dikenali sbg Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan
  2. Setiap negeri diketuai oleh Gabenor Jepun
  3. Singapura yg dikenali sbg Syonan. NNM Utara terdiri drpd Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan negara Thai –Ogos 1943.
  4. Tubuh pasukan perisik tentera – Tekkikan, Kempeitai dan Toko.
Kesan-kesan Pendudukan Jepun Kesan Sosial
  • Penindasan terhadap org Cina
  • Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi buruh paksa untuk membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan negara Thai dan Burma
  • Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan makanan tidak berzat.
  • Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. OrgCina diberi layanan buruk dan berbaik-bauk dengan org Melayu. Timbul perasaan permusuhan antara kaum.
  • Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa Jepun-Nippon-go dan lagu Kamigayo.
Kesan Ekonomi
  • Perusahaan bijih timah dan getah semakin merosot ekoranBritish telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang.
  • Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan,beras.Makanan beras diganti dengan ubi kayu.
  • Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi tidak bernilai.
  • Masalah inflasi berlaku

Kesan Politik 
  • Beri kesedaran politik kpd penduduk tempatan akibat guna propaganda ‘Asia untuk orang Asia’
  • Org Melayu mendapat peluang pentadbiran
  • Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat dicabar oleh tentera Jepun
  • Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Parti Komunis Malaya (PKM), Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS)
  • Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di TanahMelayu.
Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun
  • Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 setelah kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
  • PKM melalui Bintang 3 cuba menguasai T.Melayu dan mencetuskan huru-hara.
  • British isytihar darurat dan tubuhkan ranc. Briggs dan Templer untuk memulihkan semula keadaan darurat.
  • Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu isytiharkan darurat pada 17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.
  • Sir Gerald Templer –perkenalkan sistem pembahagian wilayahkawasan putih dan kawasan hitam, sistem kad pengenalan,kampung baru untuk menyekat pengaruh komunis melalui rancangan Briggs.
  • Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960
Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang. kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menittikberatkan hal yang berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah.Sekian terima kasih































1 comment: